Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss

Latar Belakang Syarikat

Home | Latar Belakang Syarikat | Gambar Produk | Agarwood | Galery/Rangkaian Produk | Maklumat Lanjut: | Video Produk




On this page I'll discuss the history of my collectibles and how I got involved in collecting.

Produk Syarikat:

Objektif

1. Membekalkan barangan kepada kerajaan
2. Membekalkan barangan kepada orang ramai
3. Membekalkan barangan kepada seluruh negara Islam (OIC)
4. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru melalui pembabitan Bumiputera dalam perusahaan dan perniagaan
5. Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti.
6. Melahirkan generasi baru dalam dunia pasaran Malaysia, ASEAN dan negara OIC

Rasional

Syarikat amat mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan untuk membolehkan syarikat membantu kaum bumiputera khususnya bagi mencapai sekurang-kurangnya 13% pengeluaran untuk dibekalkan kepada kerajaan. Harapan syarikat setelah ini ialah memasuki pasaran terbuka.

Sasaran

Semua kementerian kerajaan, semua badan berkanun, korporat korporat kerajaan dan anak syarikat tajaan kerajaan.

Barangan/produk

Kami menyediakan beberapa jenis produk yang terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pencuci/pembersih dan bau bauan. Berikut merupakan produk produk yang dihasilkan dan sedia dibekalkan kepada pelanggan :

1. Sabun serbuk

Sabun serbuk yang dihasilkan merupakan sabunserbuk jenis biotech(bioteknologi) berjenama Bio-9. Sabun serbuk ini telah berada di pasaran selama 15 tahun. Sambutan oleh orang ramai amat memberangsangkan. Sabun serbuk ini telah digunakan oleh beberapa syarikat terkemuka di Malaysiaseperti Maxcare Success Sdn. Bhd., kedai kedai dobi dan hotel hotel terkemuka.

2. Sabun Pelbagai Guna (Multi Purpose Cleanser).

Sabun Pelbagai Guna ini berkonsepkan bioteknologi. Produk ini boleh digunakan sebagai:

i) Pencuci lantai
ii) Pembersih lantai (bagi tujuan mengemop)
iii) Pencuci bilik air atau tandas
iv) Pencuci mangkuk tandas
v) Pencuci kenderaan

3. Pelbagai Jenis Syampu

i) Syampu pencuci lantai
ii) syampu pencuci lantai
iii)syampu mengemop.

4. Penggilap tayar.
5. Penggilap cermin dan lain lain (termasuk penggilap tembaga dan bahan antik).
6. Minyak wangi.

Minyak wangi yang dihasilkan oleh Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss terbahagi kepada dua cabang utama iaitu minyak wangi berasaskan minyak gaharu (termodifikasi) dan minyak gaharu tulen.

Terdapat sehingga 100 jenis minyak wangi berasaskan minyak gaharu (termodifikasi) dan lebih 10 jenis minyak gaharu tulen.

Buat peringatan semua pihak, dijelaskan di sini bahawa minyak wangi yang dihasilkan oleh Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss adalah 100% bebas daripada sebatian siri homolog alcohol.

Tujuan pengeluaran secara besar besaran.

Pengeluaran produk dihasilkan secara besar besaran adalah disebabkan oleh faktor faktor berikut secara kronologi:

· Kepupusan sumber sumber kayu gaharu daripada pokok gaharu di negara negara utama seperti Burma, Thailand, Cambodia dan Indonesia.

· Kayu Gaharu hanya terdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Pahang dan Borneo.

· Pendedahan Masyarakat Melayu terhadap kegunaan minyak gaharu amat rendah mengikut statistic iaitu kurang daripada 1%. Sedangkan permintaannya dalam pasaran dunia adalah tinggi

· Oleh sebab kesedaran masyarakat Thailand yang tinggi terhadap kegunaan kayu gaharu ini, segelintir penduduk Thailand telah mencuri khazanah kayu gaharu di Malaysia secara besar besaran tanpa disedari oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri yang terlibat.

· Menyedari hakikat ini, maka pengeluaran minyak angi berasaskan bunga bungaan Melayu dan kayu kayan tempatan perlu diperluaskan secara besar besaran agar penduduk di negara ini mempunyai kesedaran untuk memelihara dan memulihara warisan bunga bungaan dan kayu kayan seperti kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya di pasaran dunia.

6.1 Minyak gaharu

Contoh memperkenalkan produk produk ini dalam kontek perniagaan adalah seperti berikut:

i) Penggunaan oleh masyarakat Malaysia.
ii) Penggunaan pada musim haji oleh jemaah haji sesuai dengan kehendak syarak meletakkan penggunaan bau bauan sebelum ihram.(Penggunaan minyak wangi tanpa alcohol).
iii) Penggunaan minyak wangi pada bulan Ramadan untuk menghidupkan suasana Ramadhan. Tambahan lagi, Ramadan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
iv) Penggunaan minyak gaharu tulen oleh masyarakat Arab yang kaya terutamanya golongan kerabat diraja Arab.
v) Harga minyak wangi amat tinggi di dalam pasaran terutamanya di negara Arab. Pihak syarikat dapat menandingi harga tersebut dan dapat dibuktikan apabila minyak wangi berasaskan gaharu dan minyak gaharu berupaya dijual dari harga RM10.00 hingga RM 1 000 000.00
vi) Minyak wangi dapat merangsang mental dan emosi seseorang serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Rasional

Menyedarkan masyarakat Melayu betapa berharganya kayu gaharu yang terdapat terutamanya di Malaysia.

6.2 Minyak wangi berasaskan gaharu (termodifikasi)

Penggunaan minyak wangi oleh masyarakat Melayu di negara kita terdiri daripada bunga bungaan dan kayu kayan asli yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Berikut merupakan beberapa contoh minyak wangi masyarakat Melayu:

i) Santalia
ii) Cempaka
iii) Melor
iv) Mawar
v) Tanjong

Minyak wangi seperti yang dinyatakan di atas telah digunakan zaman berzaman. Bunga bungaan ini juga telah digunakan di Perancis. Walaupun kita tertinggal beberapa tahun di belakang perancis dari segi teknologinya, namun semua not yang dihasilkan boleh menandingi bau bauan minyak wangi yang dihasilkan di Perancis malah lebih hebat daripada yang mereka hasilkan. Minyak wangi yang dihasilkan ini merupakan hasil gabungan minyak gaharu dengan minyak wangi Melayu asli seperti Bunga Melor.

Pasaran minyak wangi ini paling meluas di kalangan Orang Melayu. Segala hasil yang dikeluarkan daripada minyak wangi berkonsep kayu gaharu ini akan membawa not-not yang berubah-ubah dan kadang-kala menyerupai not-not minyak wangi yang popular di Itali dan Perancis.

Walaubagaimanapun, ia tetap berkonsepkan gaharu dengan harga yang sangat berpatutan dengan ketulenan (tanpa bahan pelarut) dan kualitinya yang tinggi. Contohnya, sebotol minyak wangi Bunga Melor 8ml dijual dengan harga RM 20 sahaja.

Diversifikasi Minyak Wangi Berkonsepkan Gaharu:

Dengan berkonsepkan minyak wangi Melayu asli, ia diubah mengikut diubah mengikut citarasa dan kesesuaian tempat (ambience).
Contoh kegunaan minyak wangi ini (berdasarkan kesesuaian pembelian kerajaan) adalah seperti berikut:

i) Muzium di seluruh negara bolehlah menggunakan bauan gaharu sebagai pewangi asli yang sesuai bagi melambangkan warisan bau-bauan dari zaman- berzaman.

ii) Putrajaya sangat sesuai jika diceriakan lagi dengan bau-bauan kulit kayu manis atau kayu gaharu.

iii) Masjid-masjid dihiasi dengan bauan kayu gaharu yang tulen sesuai dengan tuntutan syarak meletakkan hukum sunat memakai bauan wangi ke masjid. Bau wangi gaharu dapat mencetuskan semangat juang dan memberi kesan positif terhadap emosi seseorang.

iv) Jabatan Perdana Menteri sesuai dihiasi bau bauan kayu gaharu dan cempaka berikutan hasrat kerajaan memperkenalkan minyak wangi Melayu kepada Ketua Ketua Kerajaan dari negara negara luar.

v) Sesuai untuk rumah Perdana Menteri

vi) Majlis Menteri-Menteri Besar diceriakan lagi dengan bau-bauan asli gaharu dan santalia.

vii) IDEA: Menjadikan minyak gaharu dan minyak warisan Melayu sebagai hadiah atau cendera mata kepada pelawat pelawat rasmi karajaan melambangkan masyarakat Melayu dan negara Malaysia.

Old radio; Size=240 pixels wide

Gambar Gambar Produk:

Agarwood Oudy
eeaa.jpg

Gaharu yang telah diekstrak
afa2.jpg

Alatan didalam pengekstrakkan gaharu
4976.jpg

Mesin heat alignment
b1d4.jpg

_______________

3752792717062l.jpg

cam_0179.jpg

cam_0180.jpg

cam_0169.jpg

cam_0173.jpg

3752792717062l.jpg

cam_0200.jpg

cam_0192.jpg

cam_0196.jpg

cam_0195.jpg

cam_0191.jpg

cam_0204.jpg

cam_0209.jpg

cam_0205.jpg

cam_0202.jpg

cam_0206.jpg

MySpace Icons