Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss

Home | Latar Belakang Syarikat | Gambar Produk | Agarwood | Galery/Rangkaian Produk | Maklumat Lanjut: | Video Produk

Bil Anda:


Other Website

SYARIKAT PERNIAGAAN SULAIMAN DOSS

Pengenalan Syarikat:

Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Sulaiman Bin Dors Mohamed. Syarikat ini merupakan syarikat milik persendirian sepenuhnya tanpa ada perkongsian dengan mana-mana pihak atau individu. Sejak penubuhannya, syarikat ini terletak di alamat berikut:

174-21 Lorong Rambutan,
Jalan Tunku Bendahara,
84000 Muar,
Johor, Malaysia.

Pemilik Syarikat

Syarikat Perniagaan Sulaiman Dors dimiliki sepenuhnya oleh Sulaiman Bin Dors Mohamed secara mutlak semenjak penubuhannya. Encik Sulaiman Bin Dors Mohamed merupakan seorang bekas guru. Walaubagaimanapun, beliau telah meletak jawatan kerana minat beliau yang sangat mendalam dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Oleh kerana bidang perniagaan yang diceburinya melibatkan penumpuan sepenuh masa, beliau meletakkan jawatan dalam profession perguruan.

Beliau mula mengusahakan produk serbuk sabun secara besar-besaran pada tahun 1990. produk inimenggunakan teknologi bioteknologi menggunakan jemana Bio-9. Setelah menjalankan modifikasi dan penambahan, produk sabun serbuk Bio-9 kini telah berjaya dipasarkan secara meluas di beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya di Johor dan Melaka.


Seterusnya beliau telah berusaha mempelbagaikan produk syarikat mengikut permintaan orang ramai. Produk seterusnya yang dihasilkan ialah sabun cecair, penggilap tayar, minyak wangi berasaskan minyak gaharu (termodifikasi), minyak gaharu tulen, minyak Habbatus Sauda, Tongkat Ali dan lain lain herba termasuk pegaga.


Gaharu/Agarwood machine

wwww.jpg

Alatan untuk pengkajian(pengestrakkan)

www.jpg



  

Anda boleh membuat pembayaran melalui:

MySpace Icons